haritu aku blogwalking beberapa blog...dan ternampak 'review 'tentang istana bambu...
dari 'review-review' tu aku teruja nak pergi ke istana bambu tu...ku ceritakan tentang istana bambu ni dengan mr.hubby,tetiba plak dia trus ajak ke situ... ni memang 'pucuk dicita ulam mendatang'...
ni pintu masuk ke restoran tu...dari luar memang nampak cantik sangat (abaikan model sebelah kiri..huhu)
istana bambu ni terletak di ampang...tapi kitorang sesat sejam setengah..sebabnya terus terjah je tanpa tengok alamat ke...google maps ke...garmin tu buat perhiasan...hahaha...tapi sekarang da insaf tau....garmin dimanfaat sepenuhnya...
setelah hampir sejam setengah sesat,sampai ke sentul...mr.hubby terus ikut laluan ampang dan berserah sekiranya dalam masa 10 minit tak jumpa,kitorang balik...
Tak sampai 10 min,akhirnya kitorang jumpa ...lokasinya , Lot 841-844, jalan Hulu Klang,Ampang atau boleh tengok kat sini
makanan kat sini ok la,aku bagi 3 1/2 daripada 5...tapi kalau nak lebih jimat,datang beramai-ramai dalam 4 orang keatas..sebabnya portion makanan kat sini agak banyak...dan minta tempat duduk bersila..memang best..siap ada langsir lagi...
lepas makan ...jom pekena rokok...hehehe...aku suka tengok replika rokok ni...ni tempat habuk rokok...pemandangan kat sini memang menarik,siap ada sawah mini lagi,tapi tak dapat tangkap gambar sebabnya dorang dah tutup lampu area tu...
apa tak nya,sesat punya lama...sampai sana,lagi 40 minit nak tutup...huhu..
nyam2...belanja plssssssss
ReplyDeletebulih...ko byr arrrr...pleaseeeeee
ReplyDelete