Monday, November 28, 2011

aku nak rajin update blog

wah semangat betul tajuk entry aku hari .. harap-harap tajuk tak tinggal tajuk..huhu....
dulu aku memang rajin update blog...tahun 2005 ke 2006, tapi putus cinta terus tutup blog tu...aduh menyesal tak guna...kalau tak mesti blog tu simbol cinta dan kenangan...wah-wah.wah romantis dan puitis pula aku malam ni...

aku nak rajin update blog ni sebab aku rasa blog ni la tempat aku meluah perasan dan pandangan...hehe...bukan apa, kalau aku sedih, blog ni la tempat aku mengadu...kalau aku mengadu berjela-jela dia tak marah pun...jari aku je sakit...kui-kui-kui

tapi sebelum aku nak merajinkan diri update blog...aku nak bagi hadiah...yeay, aku nak buat giveaway...

ada beberapa sebab aku nak buat giveaway ni

  1. aku nak pergi bercuti, tapi tak idea nak pergi bercuti kat mana...aku yakin, ramai blogger lain ada idea yang best-best...aku dapat inspirasi buat giveaway ni, dari netti buat GA untuk birthday party anak dia...tumpang copy idea ye netti :)
  2. aku sangat kagum dengan idea tema birthday party yang syana cadangkan..leh lah cadangkan juga holiday yang best2 untuk aku gak :)
  3. aku nak bagi surprise untuk mr.hubby...kiranya percutian ni birthday present untuk mr.hubby...
rasanya itu beberapa sebab aku nak buat GA ini...ok lah , dah puas aku merepek..hehe... aku nak buat banner GA aku dulu...bubye sume

Monday, November 21, 2011

Mama Tisya Keychain Penang Giveaway


Hai Kengkawan, Jom Join MamaTisya Keychain Penang Giveaway...
Giveaway ni hingga 25 November 2011
Nak join, Klik banner tu ye

Thursday, July 28, 2011

aku sangat konfius???

Gambar Pinjam : En.Google

Blog ni memang selalu sangat bersawang...entahlah semangat berblog telah hilang sejak 2-3 tahun yang lepas...pergi mana yea? mungkin hilang bersama semangat cinta lama...huhu...sudah-sudah cerita lama biarkan berlalu...

Sekarang ni aku konfius....konfius dengan perasaan dan hati aku...

Aku dapat mengajar tempat sendiri...tapi terpaksa berjauhan dengan Mr.Hubby....Berjauhan sehari sebelum tarikh anniversary kitorang.....memang sedih sangat-sangat...sebenarnya aku ambik cuti mengikut pasangan selama 6 bulan...dan bakal berakhir pada 7/8 ini....

Macam-macam komen dan nasihat....ada yang positif dan ada juga yang menyentuh perasaan ku....entahlah sekarang ni aku sangat-sangat sensitif...sorang member ni cakap " tu lah sapa suruh kawin dengan orang jauh"..mungkin ada betul dan tidak kurang juga salahnya kan kenyataan member aku tu...sebab aku percaya semua tu ada hikmah dan dah termeterai jodoh ku dengan Mr.Hubby kan...

Malas mau fikir lebih-lebih,tenangkan fikiran dengan perlawanan Malaysia dengan Singapura ..Go Malaysia

Tuesday, June 21, 2011

aku rindu sabah...Kota Kinabalu


Gambar Pinjam: En.Google

Wah aku amat merindui 'page; ku yang tidak seberapa ini...ada saja perkara yang perlu di selesaikan...

Sekarang ni aku ada masa sikit...dan bila ada masa terluang begini,mesti aku rindu dengan tanah tumpah ku ..KK @ Kota Kinabalu Sabah.

Banyak benda yang buat aku rindu di KK ni..terutamanya kaum keluarga ku esp mama aku...makcik aku yang aku panggil aying...si kecik airil..dan semua-semua la...

2. nanti sampai jak kk aku mau makan sayap ayam...sini ada jual juga kepak ayam madu tapi rasanya tidak sama..

3. aku mau makan jagung dengan kacang rebus sambil lepak-lepak di pantai Tanjung Aru

4. Mau makan rojak,

5.Beli murtabak jawa dan makan puas-puas

6.Tengok wayang di Growball Centre Point, walaupun banyak panggung wayang baru di KK tapi Growball juga pilihan hati aku...mr.hubby pun sokong..huhu

7. Pastinya pusing-pusing di Centre Point sampai penat...hehe...

Banyak lagi aku mau buat di KK ni... pusing-pusing waktu malam di Kg.Air tengok pemandangan...oooopppps....faham2 jak la...ahaks...bukan apa,suka tengok dorang ni berpakaian dan make up cantik-cantik...

InsyaAllah kalau aku ada rezeki balik,aku akan upload gambar ah...








Sunday, March 27, 2011

Selamat Hari Polis....Papa


Mata ku ni tidak juga mau lelap walaupun jam dah menghampiri 4 pagi....aku selak 'page' demi 'page' blog kegemaranku...

semestinya blog SAK @ Syahril A.Kadir .. seorang wartawan, yang aku amat 'gilai' penulisannya sejak beliau di utusan lagi...entahla kenapa aku amat suka dengan penulisan beliau...huhu..

aku terheret ke penulisannya maruah kami tidak boleh dinilai dengan wang ,mengenai jasa dan pengorbanan anggota polis...



tidak dinafikan banyak tanggapan negatif kepada anggota polis ni...dan aku juga pernah terdetik..tetapi...bila ku 'hidup' dengan seorang anggota polis yang ku gelar papa.....

baru aku sedar dan tahu...betapa besar jasa dan pengorbanan mereka demi untuk menjaga keselamatan kita....

dan juga ' menjaga' aku

sebagai seorang penjawat awam dan ketua di rumahku...

aku amat mengagumi papaku....

walau penat macam mana sekalipun...

papaku masih lagi boleh mengukir senyuman....

sanggup berulang dari balai ke rumah walaupun hanya ' sekerat cuma' masa yang ada...

sanggup 'berkejar' ke rumah ketika cuma rehat seketika untuk mengambil dan menghantar aku...

masih boleh gelak tawa walau dibasahi keringat dan peluh...

masih boleh membantuku uruskan rumah dan keluarga...


SELAMAT HARI POLIS ...mr.hubby ku...


Sunday, February 27, 2011

Best kah istana bambu?



cerita ni sudah berminggu-minggu ku perap...sebabnya,'line' internet ku yang sangat-sangat lembap..dan ke'busy'an yang melanda plus demam...

haritu aku blogwalking beberapa blog...dan ternampak 'review 'tentang istana bambu...

dari 'review-review' tu aku teruja nak pergi ke istana bambu tu...ku ceritakan tentang istana bambu ni dengan mr.hubby,tetiba plak dia trus ajak ke situ... ni memang 'pucuk dicita ulam mendatang'...

ni pintu masuk ke restoran tu...dari luar memang nampak cantik sangat (abaikan model sebelah kiri..huhu)


istana bambu ni terletak di ampang...tapi kitorang sesat sejam setengah..sebabnya terus terjah je tanpa tengok alamat ke...google maps ke...garmin tu buat perhiasan...hahaha...tapi sekarang da insaf tau....garmin dimanfaat sepenuhnya...

setelah hampir sejam setengah sesat,sampai ke sentul...mr.hubby terus ikut laluan ampang dan berserah sekiranya dalam masa 10 minit tak jumpa,kitorang balik...

Tak sampai 10 min,akhirnya kitorang jumpa ...lokasinya , Lot 841-844, jalan Hulu Klang,Ampang atau boleh tengok kat sini

Mr.Hubby tengah menunggu makanan dengan sabar setelah sesat sejam setengah..huhu

Mr.Hubby 'order' jus lobak susu @ jus carrot susu...aku plak,teh tarik ...dapat jeling jerk jus tu sebab tengah sakit tekak

ini pula makanan yang kitorang order...tomyam,tu set paling kecil tau..ayam tempered glass kalau tak silap dan sepatutnya ada pulut mangga tapi da abis pula...

makanan kat sini ok la,aku bagi 3 1/2 daripada 5...tapi kalau nak lebih jimat,datang beramai-ramai dalam 4 orang keatas..sebabnya portion makanan kat sini agak banyak...dan minta tempat duduk bersila..memang best..siap ada langsir lagi...
lepas makan ...jom pekena rokok...hehehe...aku suka tengok replika rokok ni...ni tempat habuk rokok...pemandangan kat sini memang menarik,siap ada sawah mini lagi,tapi tak dapat tangkap gambar sebabnya dorang dah tutup lampu area tu...

apa tak nya,sesat punya lama...sampai sana,lagi 40 minit nak tutup...huhu..


aku kecewa dengan nasi goreng ni....

aku agak kecewa dengan nasi goreng yang ku beli tadi...tadi lepas beli barang basah di econsave,terasa lapar plak...

jadi,aku singgah satu restoran berdekatan...dalam keadaan lapar aku memilih nasi goreng 'special' restoran tersebut...harga memang boleh tahan rm7++

samapai saja di rumah,terus menjamah nasi goreng tersebut...nasi goreng 'special' tu ada nasi goreng,udang goreng tepung 4 ketul,telur dadar dan daging masak merah...

erm,rasanya agak mengecewakan kerana nasi sangat lembik ,berminyak dan kosong...aku hanya jamah 2 sudu sahaja...

tu la kan...sapa suruh malas masak lagi..huhu...